-->
Farah Liyana Safari

"Life is a story. Lets make life more colourful"

Tuesday, February 12, 2013

Tudung VS Aurat



Alhamdulillah kita masih berpeluang menikmati keindahan dunia...

 Tudung VS Aurat?

" Saya tidak inginkan wanita bertudung sebagai isteriku, sebaliknya saya inginkan wanita yang menutup aurat"...

So sweet la bila lelaki kata macam ini..at least dia tahu mana yang terbaik tuk dirinya.. Mat rempit pun tak akan cari minah rempit tuk dijadikan isteri.. dia mesti cari perempuan yang terbaik tuk menjaga dirinya dan anaknya.. So perempuan solehah jangan la risau jika hingga hari ini masih tak dapat jodoh.. u still are chosen one...

Fashion, fashion, fashion...  

Zaman sekarang ini fashion menguasai wanita... tujuan sebenar nak tutup aurat pun tak ada.. Ada segelintir menyangka menutup aurat tu just pakai tudung.. oh my dear! silapppppppppppppp

Jangan nak lihat jauh la..lihat sahaja di sekeliling kita..berapa banyak wanita yang bertudung dan menutup aurat? boleh dikira dengan jari... MasyaAllah..

Kita perlu ingat hidup di dunia ini hanya la sementara.. wanita ini senang ja masuk syurga..kenapa kita tak gunakan peluang yang Allah bagi kepada kita?...

Macam-macam fashion yang ada sekarang ini... hanya mampu beristighfar ja.. bila ditanya napa pakai tudung macam tu jawapannya titik permulaan untuk bertudung... Wahai wanita, tak guna kita bertudung kalau kita bertudung tu tak menutup aurat..

Sini nak tunjukkan beberapa contoh tudung fashion..












Wahai wanita ketahuilah...

"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sebenarnya...Selangkah kita keluar dari rumah tanpa menutup aurat..selangkah juga kita bawa ayah kita ke neraka..Saya sayang abah saya.. nak bawa abah ke syurga bersama..



Bukan hal tudung ja... tutup aurat tu biarla sempurna dari hujung kaki ke kepala.. pakai la stokin..sarung tangan.. memang la time awal2 tu tak selesa tapi lama2 kita akan biasa juga dengan situasi.. Kalau ada org mengata kita.. jangan mudah berputus asa... Katakan sahaja dengan org tu..

"Saya Menutup Aurat kerana Allah "

Lebih baik takut Allah murka daripada malu dengan manusia...

Kan baik macam ini :)







Practise make perfect.. Apapun kita perlu kuatkan diri dengan perubahan dunia yang semakin menjadi-jadi..itu semua ujian buat muslimat.. Muslimat yakin boleh! jadilah srikandi yang boleh mengahrumkan nama islam..


Tudung Bulat Labuh?





Ya Allah, tak sangka pula saya pakai tudung ini time kem muslim mumtaz hari tu.. betul2 tak sangka.. itulah kali pertama saya memakainya...

Permulaan tu rasa berdebar juga bila pakai tudung tu..tapi saya memberanikan diri untuk memakainya.. bila pakai tudung tu rasa suci sahaja muka.. ada juga terlintas dalam fikiran layak ka saya pakai tudung ni.. Ya Allah semuanya ujian buat ku.. Namun, Engkau telah kuatkan hatiku untuk memakainya..terima kasih Ya Allah...

Saya memakai tudung tu bukan bereti saya baik, alim atau ustazah... tapiii saya nak jadi muslimat yang terbaik...

Bila saya guna tudung ini..rasa sangat selamat dan lindungi..best sgt perasaan tu... betapa nikmatnya.. kaum adam pun tak berani nak ganggu...

InsyaAllah, saya akan memakai tudung bulat labuh lagi bila saya dah bergelar isteri kepada imam saya kelak..
Doakan saya tau...









 Daa..XOXO
Hak cipta FarYana92 at 11:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Happy Birthday Nizah!



Alhamdulillah...

Hari ini ulangtaun kelahiran nizah aka my super duper best friend... 

Sanah Helwah ya ukhti :)



Birthday dia kali ini tak dapat buat yang besar-besar..just beli kek kecil dan hadiah ja... maklum la elaun belum keluar hhuhuhu..



Kek kecil

Just for you


Bila ingat kembali, lucu pula tadi pagi...outing dengan dia mcm mana nak beli hadiah dan kek.. Terima Kasih Ya Allah.. kerana memudahkan urusan aku tadi pagi...

Alhamdulillah lah dapat buat surprise tu nizah.. Biar pun penat tapi saya bahagia dapat buat nizah bahagia...

Nizah                                                     Jijah                                    Farah



Sahabat ialah orang yang ada dikala kita senang dan susah...sahabat itu selalu ada disisi kita.. selalu menegur bila kita lalai dalam urusan agama

Sahabatku... semoga kau terus berjaya dalam mengecapi kejayaan di dunia mahupun di akhirat... selama 2 tahun kita bersama, banyak kenangan manis dan pahit yang kita tempuhi ..

Semoga kita terus bersahabat hingga ke syurga... Insya Allah :)

Engkau la sabahat dunia dan akhirat ku :)

p/s: Birthday jijah pula 

Daa..XOXO
Hak cipta FarYana92 at 9:30 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, February 11, 2013

Kem Muslim Mumtaz




Alhamdullillah dengan segala yang Allah berikan kepada aku hari ni..

Kem Muslim Mumtaz?

Kem ini merupakan kem pertama yg saya join bukan menjadi peserta tetapi menjadi fasilitator.. peserta kem ini merupakan adik rumah gemilang pertubuhan asuhan dan didikan anak-anak yatim dan miskin daerah sik... mereka semua daripada keluarga yang miskin dan tidak mempunyai waris..

7 Februari 2013

kira-kira jam 5 stengah petang kami bertolak dari ipda.. 1 van, 2 kancil dan 1 kelisa.. semuanya muslimat.. Alhamdulillah selamat sampai ke sik pukul 7 petang.. 

Sampai ja di rumah asuhan itu, semua adik2 serbu kak2 fasi..nak nangis pun ada juga time tu..tapi  tahan...mana blh nangis depan adik2.. terkejut gak tengok budak kecil ada di rumah tu..huhuh teringat pula adik di rumah..tu yang nak nangis..

kak2 fasi tengah makan..sedap ;)  


malam tu just bahagi2 kumpulan..semua fasi diminta untuk menulis maklumat diri pada sehelai kertas..dan adik2 tu perlu meneka sepa kak fasi dorang... lucu la bila adik tu teka saya hahah siap dorang gelar saya "kak putih"... 

Teka Siapa saya


Ini lah adik saya ...Nurul Syazwani dan Nurasyikin   :)

Wani     Asyikin


Malam tu adik2 sibuk kemas baju.. ada beberapa keluhan yang keluar daripada mulut adik2 tu... tengah sibuk2 kemas baju tiba2 sya nmpak adik tu x kemas baju..muka adik tu resah ja..

Saya: adik tak kemas baju ka?
Adik: Saya xda baju yang panjang... saya tak da tudung labuh..
Saya: Mana baju adik yang lain? Meh tunjukkan kak loker adik..
Adik: (suara sedih)Baju ini ja ada.. Ini semua org lain yang bagi..saya tak ada baju       lain..baju muslimah ada 2 saja..1 yg sya pakai 1 lagi kwn pinjam..
Saya: adik pakai ja apa yang ada... (nada sedih )

Ya Allah..sedihnya bila dengar kata2 dari mulut adik tu .. betapa mewahnya saya sekarang berbanding adik2 tu.. masuk dalam hati kata2 adik tu..rasa mcm nak bagi ja semua baju yang saya ada...

Hari Pertama (8 Februari 2013) 


Breakfast hari pertama


pagi tu awal lagi bangun..sejuk juga air kat sana.. fuhhhh..dlm tentatif bertolak dlm jam 8 tapi terlajak pula jam9...sebab adik2 tu ada yg belum mandi..mungkin salah kak fasi juga la tak tegas dengan adik2..


Ready nak bertolak


Bertolak dari rumah gemilang jam9 pagi.. hahah blh lagi sesat sebelum sampai ke keda resort kampung bendang man..lucu la... heheh Alhamdulillah selamat tiba di tapak perkhemahan..cantik tempat dia..dengan ada sungai fuhh subahanAllah.. rugi kalau tak p sana..Ingatkan tapak perkhemahan muslimin jauh sgt dari tapak perkhemahan muslimat...dekat je...tapi setiap slot adik2 muslimin dan muslimat dipisahkan kecuali solat ja sembayang berjemaah.. 

Pagi tu buat taklimat sikit dan adik2 perlu susun lirik lagu " Masih ada Waktu".. kira lagu tema kem ni la..lepas slot 1, adik2 rumah gemilang kena bertolak pergi kenduri tahun baru cina.. . mereka semua di jemput so kak2 fasi pun join la skali.. Alhamdulillah rezeki katakan :)

Adik2 tengah bingung menyusun lagu



Sahabat.. Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu



Lantas membasuhnya

Kembali menyinar

Menghiasi taman-taman kasih




Masih ada waktu bagi kita

Mengikis coreng-coreng mazmumah

Dan mengutip kuntuman mahmudah

Menghiasi kamar hidup ini




Dan masih ada waktu bagi kita

Untuk memupuk kasih dan sayang

Sekuntum cinta Ilahi

Seharum cinta yang murni




Moga ukhwah yang dicipta ini

Kan terjalin bersama mesra sejati

Bersama memupuk kasih cinta Ilahi

Moga bahgia di negeri abadi



Selepas dari kenduri tu, rehat dan solat zohor... pukul 2.30 petang slot 3 iaitu dimana anda berada dijalan..slot 3 ini main tutup mata.. pastu fasi akan membacakan kenyataan mengenai aurat..adik2 perlu tunjukkan tumb up or tumb down ja...



lepas tu slot cergaskan badan!..tapi slot cergaskan badan ditukar kpd slot mandi sungai haha punya happy adik2 bila dibenarkan mandi sungai.. first2 tu takut gak nak lepaskan adik2 p sungai..sebab dorang sgt aggresif huhuhu... hahah sekali smpai sungai..ceteknya air sungai hahha.. saya pun tak terkecuali la turun merasai air sungai..tak mandilah just rendam kaki dalam air je..

Selepas solat maghrib, adik2 semua makan di dalam talam..1 talam kongsi 5 orang..ada gak adik mengeluh makan dalam talam.. katanya makan dalam talam cara makan org lama..adikku sayang oi.. makan dalam talam kan boleh rapatkan ukhwah antara adik2 lagi..emmmm tak pa la mungkin dorang masih tak faham..maklum la kem ni pengalaman pertama bagi dorang..

Selepas makan diteruskan Slot 4 iaitu mahabbah Rasullullah.. Kesian tgk adik2 terutamanya adik2 sekolah rendah banyak yang dah tewas..huhu tertidur time dgr slot.. 

Hari pertama ini tak la penat sgt.. mengantuk tu tetap ada.. Namun hati tetap kuat nak teruskn dakwah kepada adik2 rumah gemilang.. 

“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.”
 Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi


Hari Kedua ( 9 Februari 2013 ) 

Aktiviti bermula dengan Qiyammulail dan solat subuh..lepas tu sarapan..haha sarapan kami makan nasi goreng yang disediakan oleh saya,solehah, ana, kak najwa dan asma.. hehe sedap adik2 tu kata..Alhamdulillah..

Pada pukul 9 pagi slot 5 iaitu tak kenal maka tak cinta..kalau kita tak kenal mcm nak kenali adik2 tu dgn lebih mendalam.. so kak fasi main peranan dalam slot ini.. hampir nak nangis juga bila dengar cerita2 adik2 kenapa drg ada di rumah gemilang... Ya Allah. kuatkanlah mereka ini semua ujian Buat mereka...

Slot 6 : Fantasi kejayaannn...Jom masuk sungai!! musuh!! paling best slot ni..redah sungai.. tapi sebenarnya slot ini mengajar adik2 dan kak fasi untuk berwuduk dalam sungai dan solat tanpa bertelekung tapi menutup aurat... Slot ini sgt2 la beri saya ilmu bagaimana nak ambil wuduk dalam sungai..

Lepas solat zohor, makan then sambung slot 7 iaitu milo VS kopi..saya tak join slot ni sebab sibuk uruskan slot treasure hunt..

Slot 7 : treasure hunt..ok slot ini saya dan azizah jaga check point 1.. 

Farah                   Azizah

"Labuhkan tudungmu engkau pasti selamat"

Tu dia check point 1 heheh checkpoint ini pasal api neraka dan ada kaitan dengan menutup aurat.. kita kena pelihara diri dan keluarga daripada azab api neraka..slot ni memberi makna yang mendalam dalam diri saya..masih banyak lagi keluarga saya yang belum sempurna menutup aurat.. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk berdakwah kpd mereka ... Dalil dalam Al-Quran dalam Surah At-Tahriim ayat 6 :

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
Ingatkan jadi fasi checkpoint untuk muslimat ja..rupakan muslimin pun kena..Ya Allah malunya time tuu... tak apa2.. niat untuk berdakwah kerana Allah...

Malam ini merupakan malam terakhir bagi kami dan adik2..sedih gak bila drg tanya ...

Adik : Kak ikut balik p rumah gemilang tak esok?
Saya : Tak la akak balik jitra...
Adik : Nanti cuti kak datang tau rumah gemilang



Adik2 ku


Ya Allah..sayunya hatiku bila dengar adik tu kata macam tu..adik tu nampak mcm sedih ja bila saya kat esok akak nak pulang dah huhu adik2 ku, kak rindu korang la.. :(

Hari Ketiga ( 10 Februari 2013 )

Seperti biasa mulakan hari dengan Qiyammulalil, solat subuh dan sarapan pagi.. pastu tu jam10 slot terakhir iaitu Aku dimenara gading...tup tap tup tap dah jam11 dan penutupan... selepas penutupan adik2 angkat barang p bas..maka berakhirla kem muslim mumtaz.. saya sengaja xnak berjumpa adik2 time last tu..takut nangis hhuuhuh Adik2 kalau kak ada masa kak jumpa adik lagi :(

Sesi penyampaian cenderamata kpd adik2


Sekarang masa tuk kak2 fasi kemas barang then balik ke Ipda dengan selamat..Alhamdulillah.. Tq kak Humaira ! :)

Sesungguhnya kem ini memberikan saya banyak menfaat dan mengenal erti rasa bersyukur.. saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada saya sehingga ke hari ini..betapa sedihnya melihat adik2 tu..apatah lagi adik2 yang baru berusia 8 tahun.. mereka perlukan kasih sayang untuk membesar.. 

sekali lagi kem ini merupakan titik pertama saya untuk menjadi seorang bakal guru bimbingan...terima kasih kepada rakan-rakan fasi yang lain.. I Love u korang :)

Sahabat


Sahabat


Daa..XOXO

Hak cipta FarYana92 at 5:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, February 4, 2013

Persiapan Diriku untuk Bakal Imamku

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

Bersyukur ke hadrat illahi kerana kita masih bernafas sehingga ke hari ini...





Hari ini merupakan usrah pertama saya bagi bulan februari 2013... hahah perkongsian daripada rakan-rakan usrah memberikan saya lebih bersemangat untuk berjihad ke arah kebaikan... Tapi apa perkaitannya dengan tajuk Persiapan Diriku untuk  Bakal Imamku?

Sebenarnya perkongsian hari pasal " Sanubari yang terpendam"... so dalam usrah cerita-cerita la tentang persiapan kita menjadi seorang yang terbaik untuk bakal imam kita... Sebut pasal benda nie pasti excited nak dengar..Bab-bab cinta nie sampai subuh pun tak habis nak bincang..Maklum la jiwa remaja... Tapi hari ni tak nak la cerita bab-bab cinta..

"Kerana sayang yang mendalam, aku kuatkan diri menahan nafsu cinta, aku pertahankan hubungan kita dengan keterbatasan dan kesederhanaan, aku lindungi perasaan kita ini dengan sifat malu, aku hormati izzah dan kehormatan dirimu dengan mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik buatmu."


Kita sebagai wanita perlu menjaga adab dan mahkota diri..baru la kita dihormati oleh kaum adam dan diredhai oleh Allah..
Semua org inginkan kesempurnaan tapi seperti yang kita tahu manusia tak ada yang sempurna..biar pun dia ni cantik, baik tetap juga tidak sempurna..

"Jodoh kita cerminan diri kita "

Jika kita nie bukan perempuan yang solehah dan nak lelaki yang baik, soleh, rajin pergi masjid dan semua la yang baik2... Cuba tanya diri dulu.. Adakah aku layak dapat yang macam tu?.. sedangkan dalam Al-Quran sebut lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik..

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. 
(Surah: An-Nur, Ayat 26)

Tapi tak ada yang mustahil jika kita nak berubah.. Pintu taubat sentiasa terbuka... jadi kalau nak dapat yang terbaik dalam hidup kena la persiapkan diri...sini saya kongsikan sedikit perkara yang boleh kita buat sebagai persiapan menjadi yang terbaik untuk imam kita...

Persiapan Diriku untuk Bakal Imamku?

1. Pandangan mata
 
Kita sebagai wanita perlu jaga pandangan mata..jangan nak pandang lelaki ikut suka kita ja...mata wanita nie ada tarikan yang sendiri... orang kata dari mata turun ke hati.. yang turun ke hati tu bahaya!.. biarlah kita tundukkan pandangan.. biarlah orang kata kita ni sombong.. yang penting kita tahu apa yang kita lakukan untuk menjaga diri daripada perkara-perkara yang tak diingini..

2.  Berhias/ Tabarruj

Semua wanita nak dipandang cantik..dan pujian tu la yang membuatkan kita lebih nak berhias..lebih2 lagi apabila lelaki yang kita suka puji kat kita.. bak kata teori behavioris peneguhan positif la...hehhe oppsss teori kaunseling daaaa..well bakal guru kaunseling kena aplikasikan teori heheh ok teruskan..

Bila kita berhias berlebih-lebih..adakah lelaki tu akan suka kat kita?? tepuk dada tanya iman..tak semua lelaki suka perempuan yang berhias bagai model..mereka pasti nak cari wanita yang sederhana..bak kata pakar diari hati :
"Jika diberi pilihan untuk mencintai satu diantara dua.. Isteri solehah atau bidadari syurga maka aku akan berkata sesungguhnya aku amat mencintai isteri solehah lebih dari bidadari Syurga kerana isteri solehah adalah hadiah dari Allah yang bersedih bilamana aku bersedih,gembira bila ku ketawa, melahirkan anak untukku, menjaga diriku, menjaga kehormatan diri bilamana dibelakangku, membasuh pakaianku, mendidik zuriatku dan sentiasa menuruti perintah aku..." 
Apabila kita berhias lebih2, tak rugi ka bakal imam kita nti..?sebab orang lain dah tengok kecantikkan kita terlebih dahulu sebelum dia... rugi kan... kita pun tak nak juga bakal imam kita disukai ramai kerana kehandsoman dia.. so kita ubah diri kita..kita balik pada prinsip " jodohku cermin diriku"..

Berhias sederhana tu blh lah.. yang penting niat kita..kita nak berhias tu untuk siapa dan kenapa.. set kan niat dulu sebelum nak buat sesuatu perkara.. contohnya macam saya yang bakal menjadi seorang guru kaunseling..kena la berhias ckit2..bukan lebih2 tau..sebab nak klien percaya kat saya..kalau saya pergi buat sesi kaunseling dengan keadaan yang kusut masai dan tak terurus..rasa2 anda ada tak nak buat sesi dengan saya? ehhehe so perbetulkan niat terlebih dahulu....niat kerana Allah..

3. Perbetulkan akidah

Nak jadi wanita solehah bukan senang tau.. nama solehah boleh dicari, yang solehah tu belum tentu solehah.. Kalau kita nak bakal imam yang rajin solat, pergi masjid, khatam Al-Quran dan sebagainya..kena la terlebih dahulu ubah diri kita.. yakin la bahwa apa yg kita lakukan pasti Allah akan balas dengan kebaikan untuk kita...

          
4. Pelihara diri daripada ber "couple"

Ada yang beranggapan bahawa bercinta dahulu sebelum nikah..kononnya nak kenali hati budi masing-masing.. So start la tabiat 'couple'.. Dan bila sampai waktu nikah, perasaan neves, malu2 tudah tak ada..Sebab apa? Sebab kita dah biasa lakukan sebelum nikah mungkin perasaan bosan juga mula menguasai diri.. So isu cerai berai memang hot la sekarang.. Astagfirullalazim...RUgikan kita telah gunakan nikmat kebahagian yang Allah bagi dengan org yang tak berhak dapat..




Katakan tidak pada couple!! bercouple ini banyak keburukkannya... cuba korang rasa keadaan macam mana situasi orang yang bercouple dgn orang yang single.. Orang yang single lagi best! tambahan pula kita dapat hindar diri daripada zina... Kita duk bercinta dengan mamat tu bagai nak rak..tuptup kita putus dan kawin dengan org lain..kan rugi macam tu.. buang duit dan bazir masa..lagi teruk tambah dosa.. 

Kita pun tak nak kan bakal imam kita ni kaki couple..kaki perempuan.. so kita la terlebih dahulu hindarkan diri daripada benda2 kemaksiatan ini..


Doa

Tapi xsalah sebenarnya nak berdoa kepada Allah.. Nak jodohkan dengan mamat tu... kita just doa dan sebut nama orang tu... Insya Allah kalau dia yang terbaik untuk kita pasti Allah jodoh kan kita dengan dia... Jikalau imam kita nanti di luar expectation kita,itu semua ujian untuk kita... pasti ada hikmah setiap perkara yang Allah berikan kepada kita..

Rasanya sampai sni ja kot.. nti ada apa2 saya kongsi lagi..

P/s : Single is betterr... Im still waiting for u, my imam :)

Daaa.. XOXO

Hak cipta FarYana92 at 11:30 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, February 3, 2013

Beautiful Malaysia

Assalamualaikum...

Hari nie nak cerita pasal aktiviti pagi tadi... program itu diberi nama beautiful malaysia..dgr2 satu malaysia buat program ni..tapi xtau la MC kat program la kata...


Best tak program nie?? meh saya cerita...



Kami di minta berkumpul depan asrama jam7.30...OMG!jam7.30 awal kot... tapi kami berjaya juga berkumpul jam 7.30..hebat tak? hehe kira-kira jam 8 kot bas sampai... ikut perancangan nak naik bas trip last tuptup trip first pula... first sampai la kat tempat program.. ingatkan di pasar malam tempat biasa rupanya tapak pasar malam lain..fuhhhh cancel nak escape! jauh kot nak balik IPDA ehhehe...

Sampai2 ja tempat program tengok tempat tu mcm x meriah ja... memang la kan bukannya nak p party...ok tujuan nak kutip sampah...

Dapat pula breakfast nasi lemak dan air mineral Blue.. tapi tak dapat makan la..nak makan kat mana?? tempat semua berpasir..so tak breakfast la pagi tadi .. :(

penat tunggu


Lama gak tunggu program ni bermula..siap buat aktiviti sendiri lagi..nak tau tak aktiviti apa?... tengok kat bawah





teruknya.. 1st time naik 



super duper friend


Ahhh ni la aktiviti kami buat... ala mcm korang xbiasa kan buat benda ni.. konfom lepas ja ada aktiviti..pasti akan kuar la gambar kat fb hehehe it's normal la... rugi kalau tak bergambar.. tunjukkan potensi diri.. mana tau boleh part time jadi modeling hahah berangan jap :p






jom main cat2 
Tunggu punya tunggu rupanya pihak penganjur baru tahu kehadiran warga IPDA kat situ.. dah 1 jam tunggu dorang xsedar..buat sedih betul!..ya la sepa la kami kan.... huhuh ok sambung...lepas semua dah dibahagi kumpulan..kumpulan Biru @bimbingan join zon 1..cat pembahagi jalan dan bersihkan longkang..simple je kerja kami. tak berat pun.. dah tu siap bergambar lagi time buat kerja..isk2.. tak abis2 dgn bergambar.. kalau camera boleh bercakap mesti dah muntah tgk kami ja heheh



Rasanya sekejap ja kerja cat2 nie.. tak berpeluh pun..cuma kulit hitam sikit la..panas kot!.. Dah siap buat kerja lepak pula kat bendang.. org sabah ckp "tabasan".. sejuk hati tengok bendang tu.. segala masalah pun hilang.. dengan angin lagi sepoi2 bahasa..fuhhh nak tido la jawabnya..

sempat sign lagi...

"Makanan akan sampai pada pukul 11.30"..APA!! jam11.30...skrg baru pukul 10.30.. punya la..1 jam lagi..nie sempat lagi lena... emmm xpa la... sabar ja..sabar kan separuh daripada iman.. dah tu terkejut juga cara dorang hidang makanan bukan guna tapau main ambil sendiri.. emmm dah la ramai org.. terpaksa beratur panjang... nasib sempat makan :)

Makan punya makan, luqman kata blh tunggu bas depan masjid..happynya blh pulang hehe so tunggu la depan masjid.. tunggu punya tunggu bas datang tapi saya tak naik la trip pertama..tak nak berebut naik bas..ingat pula kisah kat uitm.. naik bas berebut.. Trip last pun trip last la..yang penting selamat sampai ipda...

Itu ja kot cerita dia..best tu best gak..penat pun penat gak.. at least hari nie saya belajar perkara yang baru..cat pembahagi jalan dan jadi sukarelawan :)

P/s: jangan ingat nak jadi cikgu xboleh buat aktiviti macam nie.. " Bukan Sekadar Membimbing"





Daaa...XOXO

Hak cipta FarYana92 at 3:15 PM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Story

Friday, February 1, 2013

Serius nak kawin Awal??

Assalamualaikum...

Di hati iniHanya Tuhan yang tahuDi hati iniAku rindu padamuTulus sanubariMenantikan hadirmu...Hanyalah kau imam pilihanku

Hari nie nak tulis pasal isu perkahwinan awal... akhir-akhir selalu je dgr rakan seumur kawin... jeles pun ada juga tapi nak buat mcm mana kan belum ada jodoh... Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

 “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)



Kawin muda? apa salahnya? Semua manusia di dunia nak kawin....kan kita ni diciptakan berpasangan.. apa lagi dengan umur yang dah meningkat 21tahun mcm saya ni... kawin muda ni tak salah pun tapi ada kesan ckit la... maklum la remaja sekarang bukan mcm remaja dulu.. remaja dulu lebih setia..bukan la nak kata remaja skrg tak setia tapi agak kurengggg la...

Orang kata kawin awal ni boleh ganggu pelajaran untuk org yg tengah study, betul ka? salah!.. bila kita kawin nti rezeki akan menyusul.. Sebenarnya kawin awal ni lebih memberi kita semangat sebab ada insan yang kita sayang sokong..wah!! bestnya...  bila kawin awal kita akan lebih bertanggungjawab..

Fenomena kawin awal tak asing lagi tuk kita.. kita kawin biar la dengan cara yang betul..bukan la nak terlanjur sana, terlanjur sini... Astagfirullahalazim... bukan la nak kata sepa2..semua org pun pernah buat silap..termasuklah diri saya


Tidak terlalu awal ka saya nak kawin nie??

Tak la sayang oi...kalau rasa nak kawin, kawin ja la...elakkan fitnah dan zina..Benda yang baik jgn dilambatkan..

Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” – (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

 Pelajar IPG nak kawin awal?

Pada pandangan saya, tak salah.. tapi itu la terpaksa nak urus itu ini..nak tulis surat tuk mentor la.. perkara yang mudah jadi berat pula.. lagi satu, tak boleh mengandung.. boleh mengandung tapi kena tangguh sem.. dah la nak tunggu 1 sem tu lama emmm... tanggungjawab dan hak seorang isteri pun tak terlaksana.. ibarat kawin gantung so, fikir-fikir la sendiri..kalau mampu terus kan..

"Kalau memang jodoh kita, Jodoh kita tak kan ke mana"


Kalau dah nama dia tertulis untuk kita.. Allah tak kan bagi dia dgn org lain... memang dia pemilik tulang rusuk.. buat apa nak takut orang yang kita syg lari.. Cuba la try test pegang prinsip ini..

Hidup single pun best apa.. tak payah nak msj, nak call, nak jadi reporter.. and bla bla bla...rimas la buat mcm tu..asyik di kong2 ja..x bebas... Tengok kalau single, ok ja kan..bebas ja nak pergi mana, dengan sepa..tapi ada batas2 dia juga hehehe

"Ingat Bercinta itu jalan ke arah Zina"
ehh bukan cerita pasal kawin ka tdi...ok kita balik cerita kawin awal.. sebenarnya jauh di sudut hati nak kawin awal lebih2 lagi sya dah ambil kursus kawin.. tapi parents xbenarkan nak suru sya study dan kerja dlu..nak bagi parent rasa hasil kerja.. mungkin ada hikmah semua ini berlaku kan..kita mana tau esok lusa apa yg akan terjadi..

so dah set dalam mind nak kawin tahun 2020.. time tu umur 28tahun..depend la dgn korang nak kawin bila.. kawin awal xsalah... ini just perancangan hidup.. dalam hidup mesti ada perancangan baru la interesting ckit hehe

Akhir kata dari saya, kepada sesiapa yang tengah hangat bercinta, better korang kawin la.. Mudah-mudah setiap apa yg kita pilih adalah yang terbaik dan dirahmati oleh Allah.. InsyaAllah

Daaa...XOXO

   
Hak cipta FarYana92 at 10:51 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Lama tak Update kan

Assalamualaikum...Hello holla...

Lama dah rasanya tak update blog nie... bila nmpak blog org lain tergerak pula hati mau update blog...nampak macam cantik ja blog drg.. nak juga blog macam tu..tapi i still beginner la... org sabah cakap Palan2 bah... ok make sure mau update blog kasi cantik2...

P/s : Go farah!u can do it !!! :)

Daaaaa... XOXO
Hak cipta FarYana92 at 8:27 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Comments (Atom)

About Faryana!

My photo
FarYana92
keningau, sabah, Malaysia
"Faryana" is "Farah Liyana" Just Call me "Farah" Hidup tak selalunya indah, Cukuplah Allah bagiku
View my complete profile




Facebook Saya

Farah Liyana Safari

Create Your Badge

Coretan saya

  • ►  2015 (14)
    • ►  June (3)
    • ►  May (11)
  • ▼  2013 (12)
    • ►  December (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ▼  February (7)
      • Tudung VS Aurat
      • Happy Birthday Nizah!
      • Kem Muslim Mumtaz
      • Persiapan Diriku untuk Bakal Imamku
      • Beautiful Malaysia
      • Serius nak kawin Awal??
      • Lama tak Update kan
  • ►  2011 (3)
    • ►  July (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (1)
    • ►  November (1)

Followers

 
Faryana92. Watermark theme. Powered by Blogger.