Bersyukur ke hadrat illahi kerana kita masih bernafas sehingga ke hari ini...
Hari ini merupakan usrah pertama saya bagi bulan februari 2013... hahah perkongsian daripada rakan-rakan usrah memberikan saya lebih bersemangat untuk berjihad ke arah kebaikan... Tapi apa perkaitannya dengan tajuk Persiapan Diriku untuk Bakal Imamku?
Sebenarnya perkongsian hari pasal " Sanubari yang terpendam"... so dalam usrah cerita-cerita la tentang persiapan kita menjadi seorang yang terbaik untuk bakal imam kita... Sebut pasal benda nie pasti excited nak dengar..Bab-bab cinta nie sampai subuh pun tak habis nak bincang..Maklum la jiwa remaja... Tapi hari ni tak nak la cerita bab-bab cinta..
"Kerana sayang yang mendalam, aku kuatkan diri menahan nafsu cinta, aku pertahankan hubungan kita dengan keterbatasan dan kesederhanaan, aku lindungi perasaan kita ini dengan sifat malu, aku hormati izzah dan kehormatan dirimu dengan mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik buatmu."
Kita sebagai wanita perlu menjaga adab dan mahkota diri..baru la kita dihormati oleh kaum adam dan diredhai oleh Allah..
Semua org inginkan kesempurnaan tapi seperti yang kita tahu manusia tak ada yang sempurna..biar pun dia ni cantik, baik tetap juga tidak sempurna..
"Jodoh kita cerminan diri kita "
Jika kita nie bukan perempuan yang solehah dan nak lelaki yang baik, soleh, rajin pergi masjid dan semua la yang baik2... Cuba tanya diri dulu.. Adakah aku layak dapat yang macam tu?.. sedangkan dalam Al-Quran sebut lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik..
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik.
(Surah: An-Nur, Ayat 26)
Tapi tak ada yang mustahil jika kita nak berubah.. Pintu taubat sentiasa terbuka... jadi kalau nak dapat yang terbaik dalam hidup kena la persiapkan diri...sini saya kongsikan sedikit perkara yang boleh kita buat sebagai persiapan menjadi yang terbaik untuk imam kita...
Persiapan Diriku untuk Bakal Imamku?
1. Pandangan mata
Kita sebagai wanita perlu jaga pandangan mata..jangan nak pandang lelaki ikut suka kita ja...mata wanita nie ada tarikan yang sendiri... orang kata dari mata turun ke hati.. yang turun ke hati tu bahaya!.. biarlah kita tundukkan pandangan.. biarlah orang kata kita ni sombong.. yang penting kita tahu apa yang kita lakukan untuk menjaga diri daripada perkara-perkara yang tak diingini..
2. Berhias/ Tabarruj
Semua wanita nak dipandang cantik..dan pujian tu la yang membuatkan kita lebih nak berhias..lebih2 lagi apabila lelaki yang kita suka puji kat kita.. bak kata teori behavioris peneguhan positif la...hehhe oppsss teori kaunseling daaaa..well bakal guru kaunseling kena aplikasikan teori heheh ok teruskan..
Bila kita berhias berlebih-lebih..adakah lelaki tu akan suka kat kita?? tepuk dada tanya iman..tak semua lelaki suka perempuan yang berhias bagai model..mereka pasti nak cari wanita yang sederhana..bak kata pakar diari hati :
"Jika diberi pilihan untuk mencintai satu diantara dua.. Isteri solehah atau bidadari syurga maka aku akan berkata sesungguhnya aku amat mencintai isteri solehah lebih dari bidadari Syurga kerana isteri solehah adalah hadiah dari Allah yang bersedih bilamana aku bersedih,gembira bila ku ketawa, melahirkan anak untukku, menjaga diriku, menjaga kehormatan diri bilamana dibelakangku, membasuh pakaianku, mendidik zuriatku dan sentiasa menuruti perintah aku..."Apabila kita berhias lebih2, tak rugi ka bakal imam kita nti..?sebab orang lain dah tengok kecantikkan kita terlebih dahulu sebelum dia... rugi kan... kita pun tak nak juga bakal imam kita disukai ramai kerana kehandsoman dia.. so kita ubah diri kita..kita balik pada prinsip " jodohku cermin diriku"..
Berhias sederhana tu blh lah.. yang penting niat kita..kita nak berhias tu untuk siapa dan kenapa.. set kan niat dulu sebelum nak buat sesuatu perkara.. contohnya macam saya yang bakal menjadi seorang guru kaunseling..kena la berhias ckit2..bukan lebih2 tau..sebab nak klien percaya kat saya..kalau saya pergi buat sesi kaunseling dengan keadaan yang kusut masai dan tak terurus..rasa2 anda ada tak nak buat sesi dengan saya? ehhehe so perbetulkan niat terlebih dahulu....niat kerana Allah..
3. Perbetulkan akidah
Nak jadi wanita solehah bukan senang tau.. nama solehah boleh dicari, yang solehah tu belum tentu solehah.. Kalau kita nak bakal imam yang rajin solat, pergi masjid, khatam Al-Quran dan sebagainya..kena la terlebih dahulu ubah diri kita.. yakin la bahwa apa yg kita lakukan pasti Allah akan balas dengan kebaikan untuk kita...
4. Pelihara diri daripada ber "couple"
Ada yang beranggapan bahawa bercinta dahulu sebelum nikah..kononnya nak kenali hati budi masing-masing.. So start la tabiat 'couple'.. Dan bila sampai waktu nikah, perasaan neves, malu2 tudah tak ada..Sebab apa? Sebab kita dah biasa lakukan sebelum nikah mungkin perasaan bosan juga mula menguasai diri.. So isu cerai berai memang hot la sekarang.. Astagfirullalazim...RUgikan kita telah gunakan nikmat kebahagian yang Allah bagi dengan org yang tak berhak dapat..
Katakan tidak pada couple!! bercouple ini banyak keburukkannya... cuba korang rasa keadaan macam mana situasi orang yang bercouple dgn orang yang single.. Orang yang single lagi best! tambahan pula kita dapat hindar diri daripada zina... Kita duk bercinta dengan mamat tu bagai nak rak..tuptup kita putus dan kawin dengan org lain..kan rugi macam tu.. buang duit dan bazir masa..lagi teruk tambah dosa..
Kita pun tak nak kan bakal imam kita ni kaki couple..kaki perempuan.. so kita la terlebih dahulu hindarkan diri daripada benda2 kemaksiatan ini..
Doa |
Tapi xsalah sebenarnya nak berdoa kepada Allah.. Nak jodohkan dengan mamat tu... kita just doa dan sebut nama orang tu... Insya Allah kalau dia yang terbaik untuk kita pasti Allah jodoh kan kita dengan dia... Jikalau imam kita nanti di luar expectation kita,itu semua ujian untuk kita... pasti ada hikmah setiap perkara yang Allah berikan kepada kita..
Rasanya sampai sni ja kot.. nti ada apa2 saya kongsi lagi..
P/s : Single is betterr... Im still waiting for u, my imam :)
Daaa.. XOXO
No comments:
Post a Comment