Alhamdullillah dengan segala yang Allah berikan kepada aku hari ni..
Kem Muslim Mumtaz?
Kem ini merupakan kem pertama yg saya join bukan menjadi peserta tetapi menjadi fasilitator.. peserta kem ini merupakan adik rumah gemilang pertubuhan asuhan dan didikan anak-anak yatim dan miskin daerah sik... mereka semua daripada keluarga yang miskin dan tidak mempunyai waris..
7 Februari 2013
kira-kira jam 5 stengah petang kami bertolak dari ipda.. 1 van, 2 kancil dan 1 kelisa.. semuanya muslimat.. Alhamdulillah selamat sampai ke sik pukul 7 petang..
Sampai ja di rumah asuhan itu, semua adik2 serbu kak2 fasi..nak nangis pun ada juga time tu..tapi tahan...mana blh nangis depan adik2.. terkejut gak tengok budak kecil ada di rumah tu..huhuh teringat pula adik di rumah..tu yang nak nangis..
|
kak2 fasi tengah makan..sedap ;) |
malam tu just bahagi2 kumpulan..semua fasi diminta untuk menulis maklumat diri pada sehelai kertas..dan adik2 tu perlu meneka sepa kak fasi dorang... lucu la bila adik tu teka saya hahah siap dorang gelar saya "kak putih"...
|
Teka Siapa saya |
Ini lah adik saya ...Nurul Syazwani dan Nurasyikin :)
|
Wani Asyikin |
Malam tu adik2 sibuk kemas baju.. ada beberapa keluhan yang keluar daripada mulut adik2 tu... tengah sibuk2 kemas baju tiba2 sya nmpak adik tu x kemas baju..muka adik tu resah ja..
Saya: adik tak kemas baju ka?
Adik: Saya xda baju yang panjang... saya tak da tudung labuh..
Saya: Mana baju adik yang lain? Meh tunjukkan kak loker adik..
Adik: (suara sedih)Baju ini ja ada.. Ini semua org lain yang bagi..saya tak ada baju lain..baju muslimah ada 2 saja..1 yg sya pakai 1 lagi kwn pinjam..
Saya: adik pakai ja apa yang ada... (nada sedih )
Ya Allah..sedihnya bila dengar kata2 dari mulut adik tu .. betapa mewahnya saya sekarang berbanding adik2 tu.. masuk dalam hati kata2 adik tu..rasa mcm nak bagi ja semua baju yang saya ada...
Hari Pertama (8 Februari 2013)
|
Breakfast hari pertama |
pagi tu awal lagi bangun..sejuk juga air kat sana.. fuhhhh..dlm tentatif bertolak dlm jam 8 tapi terlajak pula jam9...sebab adik2 tu ada yg belum mandi..mungkin salah kak fasi juga la tak tegas dengan adik2..
|
Ready nak bertolak |
Bertolak dari rumah gemilang jam9 pagi.. hahah blh lagi sesat sebelum sampai ke keda resort kampung bendang man..lucu la... heheh Alhamdulillah selamat tiba di tapak perkhemahan..cantik tempat dia..dengan ada sungai fuhh subahanAllah.. rugi kalau tak p sana..Ingatkan tapak perkhemahan muslimin jauh sgt dari tapak perkhemahan muslimat...dekat je...tapi setiap slot adik2 muslimin dan muslimat dipisahkan kecuali solat ja sembayang berjemaah..
Pagi tu buat taklimat sikit dan adik2 perlu susun lirik lagu " Masih ada Waktu".. kira lagu tema kem ni la..lepas slot 1, adik2 rumah gemilang kena bertolak pergi kenduri tahun baru cina.. . mereka semua di jemput so kak2 fasi pun join la skali.. Alhamdulillah rezeki katakan :)
|
Adik2 tengah bingung menyusun lagu
Sahabat.. Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih
Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini
Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni
Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi
|
Selepas dari kenduri tu, rehat dan solat zohor... pukul 2.30 petang slot 3 iaitu dimana anda berada dijalan..slot 3 ini main tutup mata.. pastu fasi akan membacakan kenyataan mengenai aurat..adik2 perlu tunjukkan tumb up or tumb down ja...
lepas tu slot cergaskan badan!..tapi slot cergaskan badan ditukar kpd slot mandi sungai haha punya happy adik2 bila dibenarkan mandi sungai.. first2 tu takut gak nak lepaskan adik2 p sungai..sebab dorang sgt aggresif huhuhu... hahah sekali smpai sungai..ceteknya air sungai hahha.. saya pun tak terkecuali la turun merasai air sungai..tak mandilah just rendam kaki dalam air je..
Selepas solat maghrib, adik2 semua makan di dalam talam..1 talam kongsi 5 orang..ada gak adik mengeluh makan dalam talam.. katanya makan dalam talam cara makan org lama..adikku sayang oi.. makan dalam talam kan boleh rapatkan ukhwah antara adik2 lagi..emmmm tak pa la mungkin dorang masih tak faham..maklum la kem ni pengalaman pertama bagi dorang..
Selepas makan diteruskan Slot 4 iaitu mahabbah Rasullullah.. Kesian tgk adik2 terutamanya adik2 sekolah rendah banyak yang dah tewas..huhu tertidur time dgr slot..
Hari pertama ini tak la penat sgt.. mengantuk tu tetap ada.. Namun hati tetap kuat nak teruskn dakwah kepada adik2 rumah gemilang..
“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.”
Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Hari Kedua ( 9 Februari 2013 )
Aktiviti bermula dengan Qiyammulail dan solat subuh..lepas tu sarapan..haha sarapan kami makan nasi goreng yang disediakan oleh saya,solehah, ana, kak najwa dan asma.. hehe sedap adik2 tu kata..Alhamdulillah..
Pada pukul 9 pagi slot 5 iaitu tak kenal maka tak cinta..kalau kita tak kenal mcm nak kenali adik2 tu dgn lebih mendalam.. so kak fasi main peranan dalam slot ini.. hampir nak nangis juga bila dengar cerita2 adik2 kenapa drg ada di rumah gemilang... Ya Allah. kuatkanlah mereka ini semua ujian Buat mereka...
Slot 6 : Fantasi kejayaannn...Jom masuk sungai!! musuh!! paling best slot ni..redah sungai.. tapi sebenarnya slot ini mengajar adik2 dan kak fasi untuk berwuduk dalam sungai dan solat tanpa bertelekung tapi menutup aurat... Slot ini sgt2 la beri saya ilmu bagaimana nak ambil wuduk dalam sungai..
Lepas solat zohor, makan then sambung slot 7 iaitu milo VS kopi..saya tak join slot ni sebab sibuk uruskan slot treasure hunt..
Slot 7 : treasure hunt..ok slot ini saya dan azizah jaga check point 1..
|
Farah Azizah |
"Labuhkan tudungmu engkau pasti selamat"
Tu dia check point 1 heheh checkpoint ini pasal api neraka dan ada kaitan dengan menutup aurat.. kita kena pelihara diri dan keluarga daripada azab api neraka..slot ni memberi makna yang mendalam dalam diri saya..masih banyak lagi keluarga saya yang belum sempurna menutup aurat.. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk berdakwah kpd mereka ... Dalil dalam Al-Quran dalam Surah At-Tahriim ayat 6 :
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
Ingatkan jadi fasi checkpoint untuk muslimat ja..rupakan muslimin pun kena..Ya Allah malunya time tuu... tak apa2.. niat untuk berdakwah kerana Allah...
Malam ini merupakan malam terakhir bagi kami dan adik2..sedih gak bila drg tanya ...
Adik : Kak ikut balik p rumah gemilang tak esok?
Saya : Tak la akak balik jitra...
Adik : Nanti cuti kak datang tau rumah gemilang
|
Adik2 ku |
Ya Allah..sayunya hatiku bila dengar adik tu kata macam tu..adik tu nampak mcm sedih ja bila saya kat esok akak nak pulang dah huhu adik2 ku, kak rindu korang la.. :(
Hari Ketiga ( 10 Februari 2013 )
Seperti biasa mulakan hari dengan Qiyammulalil, solat subuh dan sarapan pagi.. pastu tu jam10 slot terakhir iaitu Aku dimenara gading...tup tap tup tap dah jam11 dan penutupan... selepas penutupan adik2 angkat barang p bas..maka berakhirla kem muslim mumtaz.. saya sengaja xnak berjumpa adik2 time last tu..takut nangis hhuuhuh Adik2 kalau kak ada masa kak jumpa adik lagi :(
|
Sesi penyampaian cenderamata kpd adik2 |
Sekarang masa tuk kak2 fasi kemas barang then balik ke Ipda dengan selamat..Alhamdulillah.. Tq kak Humaira ! :)
Sesungguhnya kem ini memberikan saya banyak menfaat dan mengenal erti rasa bersyukur.. saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada saya sehingga ke hari ini..betapa sedihnya melihat adik2 tu..apatah lagi adik2 yang baru berusia 8 tahun.. mereka perlukan kasih sayang untuk membesar..
sekali lagi kem ini merupakan titik pertama saya untuk menjadi seorang bakal guru bimbingan...terima kasih kepada rakan-rakan fasi yang lain.. I Love u korang :)
|
Sahabat |
|
Sahabat |
Daa..XOXO